Menu
Tengku_Mohamad_Rizam_bin_Tengku_Abdul_Aziz Kehidupan awalTengku Mohamad Rizam diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Julai 1961. Tengku Mohamad Rizam merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Mohamad Rizam juga merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.[1]
Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 18 Julai 1991 dengan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra iaitu anakanda kepada Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tengku Mohamad Rizam dan Tunku Noor Hayati dikurniakan dengan 2 orang putera dan seorang puteri.
Menu
Tengku_Mohamad_Rizam_bin_Tengku_Abdul_Aziz Kehidupan awalBerkaitan
Tengku Zafrul Abdul Aziz Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah Tengku Permaisuri Norashikin Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Adnan Tengku Mansor Tengku Sarafudin Badlishah Tengku Muhammad Fa-iz Petra Tengku Amir Shah TengkolokRujukan
WikiPedia: Tengku_Mohamad_Rizam_bin_Tengku_Abdul_Aziz http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/profil/mengen... http://spn.kelantan.gov.my/index.php/ms/pusat-medi... http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/buletin-bi... http://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09... https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm